Ya, dua bulan lagi aku akan bergelar sebagai ayah. Dua bulan lagi aku akan menimang cahaya mata pertama. Dalam dua bulan akan datang aku akan mengazankan dan mengiqamahkan anak sulungku. Ya ALLAH, tak sabar rasanya menunggu dua bulan terakhir ini.
“Ameen, awalnya nak balik. Tak nak makan dulu ke? Banyak kuih raya aku bawa ni.” pelawa Shamil, kawan baikku sejak dari METC sehingga bekerja dalam MAS.
“Aku nak tengok bini aku ni. Kau faham-faham je lah. Dia tu dah sarat nak bersalin,” ujarku sambil membuka penutup bekas kuih raya yang dibawa Shamil. “Ketat pulak bini kau tutup bekas ni. Aku bawa balik semua kuih ni boleh?” selorohku.
“Agak-agaklah bro. Aku tak makan lagi tu,” celah Jalal, dari belakangku. Kami bertiga ketawa kelucuan. Selepas merasa sebiji dua kuih raya itu, aku terus meminta diri untuk balik ke rumah.
Sepanjang perjalanan balik ke rumah, aku tak henti-henti memutarkan bacaan surah Yusuf dan surah Maryam. Sambil-sambil tu, bibirku turut bergerak membacakan ayat-ayat yang telah kuhafal dari kedua-dua surah tersebut.
Ramai yang cakap, kalau surah Yusuf dibacakan sepanjang isteri bersalin, anak lelaki yang bakal lahir akan menjadi seorang yang tampan dan bijak. Manakala, surah Maryam pula baik untuk anak perempuan. Aku amalkan saja. Betul tak betul itu urusan ALLAH.
“,” doa kesejahteraan kuucapkan.
Sunyi…
“, Humaira,” kulaung nama manja isteriku. Nama sebenarnya Aeesya.
Sepi… Tiada jawapan.
Hatiku terasa kurang enak. Berdebar-debar aku masuk ke rumah. Ternyata Aeesya tiada di ruang tamu dan di dapur rumah. Aku naik ke tingkat dua pula, mencari isteriku di kamar beradu kami.
Kedengaran bunyi air paip mengalir dalam bilik air di kamar beradu kami. Aku bergegas masuk ke bilik air. Kudapati darah membasahi lantai yang basah. Aeesya pula terbaring tidak sedarkan diri. “Aeesya!”
Kuangkat isteriku yang masih berlumuran darah. Aku berasa sungguh cemas melihat wajah putih isteriku menjadi begitu pucat. Dapat kurasakan air hangat mengalir deras di kelopak mataku. Sempat kuambil tuala lebar untuk menutupi rambut Aeesya.
“Bang Johan! Kak Saida! Tolong saya!” laungku.
Pasangan suami isteri sebelah rumahku keluar tergesa-gesa. “Ya ALLAH, apa dah jadi dengan Aeesya ni, Ameen?” Kak Saida segera membuka pagar rumahnya.
“Kita bawa dia ke hospital dulu!” Bang Johan segera masuk mengambil kunci keretanya. Harapkan aku memandu ketika itu, aku tak boleh. Tubuhku menggigil terkejut.
Ameen hanya berdiam diri apabila diaju soalan tentang mendirikan rumahtangga. Bukan dia tak mahu berkahwin. Cuma belum ada lagi mana-mana gadis yang berkenan di hatinya. Nak guna kaedah Baitulmuslim, siapa orang tengahnya?
Azan Zuhur berkumandang. Jelas kedengaran sehingga ke ruang tamu rumah Pak Roslan, bapa kepada Ameen. ‘, seruan membesarkan ALLAH menyelamatkan aku,’ monolog Ameen. Dia bingkas berdiri dan bersiap-siap mengambil wuduk untuk ke masjid.
Mak Nor bergeleng kepala melihat telatah anak bongsu dan juga satu-satunya anak lelakinya itu. “Jangan lupa berdoa dengan ALLAH agar dipercepatkan jodoh tu,” pesan Mak Nor sebelum Ameen keluar rumah.
“, mak,” jawab Ameen tersenyum. “Mak pun doakanlah juga Ameen. Nak harapkan doa Ameen seorang tak cukup kuat.”
“Ada je jawapan dia ni,” balas Mak Nor.
Sampai di masjid, Ameen mengenakan jubah putihnya yang dibawa dari rumah lagi tetapi disangkutkan di atas bahunya. Hamizan yang serentak sampai di masjid dengan Ameen menyapa salam kesejahteraan.
“Lepas solat Zuhur ni ada kenduri di rumah aku. Jemputlah datang,” pelawa Hamizan.
“. Tapi, kenduri untuk apa?”
“Bacaan tahlil untuk arwah ayah aku sekali dengan doa kesyukuran untuk anak aku yang dapat UPSR 5A baru-baru ni,” lantas Ameen menjabat tangan Hamizan sambil mengucapkan tahniah.
Selesai mengerjakan ibadah fardhu itu disusuli dengan solat baadiahnya sekali, mereka masing-masing menunggang motor ke rumah Hamizan. Makanan telah sedia di atas bentangan tikar. Jemaah yang dijemput di masjid tadi duduk mengelilingi juadah itu.
“Siapa imam untuk bacaannya?” tanya Aizat, salah seorang jemaah masjid tadi.
“Imam Injiniyar kita ni lah imamnya,” jawab Hamizan berseloroh membuat seisi ruang tamu itu penuh dengan tawa mereka.
Nama Injiniyar sudah menjadi panggilan untuk mengusik Ameen kerana di kampung Umas itu dia seorang saja yang menjadi Aircraft Engineer. Semuanya berpunca kerana Tok Rapi yang gemar memanggilnya sedemikian yang seterusnya menjadi ikutan orang kampung.
“, kenyang,” ucap Sufian setelah sendawa besar tadi. “Ameen, dalam kampung ni…” semua mata tertumpu kepada Ameen dan Sufian. Ameen dapat meneka topik yang ingin dibuka Sufian. “…tinggal kau seorang saja yang berjawatan tinggi tapi belum berkahwin. Jadi, bila kau nak jamu kami dengan nasi minyak kau?”
Ameen menggaru-garu hidungnya sebelum membuka butang atas jubahnya yang terasa mencekik leher, untuk menunjukkan bahawa dia berada di zon yang kurang selesa. Bukan hidung yang gatal atau kolar yang mencekik yang membuat dia kurang selesa, tetapi soalan yang diajukan Sufian yang membuat dia terasa ingin segera pulang.
“Tak tahulah Pian. , ada jodoh aku kahwinlah.”
“Kau kena cari jodoh kau tu. Memanglah ALLAH dah tentukan jodoh kita, tapi kau pun kena ada usaha. Kau tengok aku ni. Walaupun aku tak berpendidikan setinggi kau, tapi anak aku dah tiga. Kau nak tunggu sampai bila lagi, Ameen?” sampuk Azman pula yang pernah sekelas dengan Ameen suatu ketika dulu.
“Hmm… doakan je lah aku dapat jodoh yang sesuai dan diredhai ALLAH,” Ameen segera berdiri sebelum bersalam-salaman dengan tetamu Hamizan.
Sebelum menghidupkan enjin motornya, Azman memanggil Ameen. “Eh, kejap! Aku nak tumpang kau balik rumah aku boleh? Tadi aku tumpang Hamizan ke sini. Nak balik rumah aku, tumpang kau pulak. Boleh?”
“Boleh, naiklah.”
Dalam perjalanan, mereka bersembang-sembang. Tiba-tiba Ameen terpandang seorang muslimah bertudung labuh berjalan seiringan dengan isteri Azman. Azman meminta diperlahankan motor agar dia sempat menyapa isterinya yang baru pulang dari kelas Fardhu Ain.
Sampai di depan rumah Azman, Ameen sempat bertanya, “Yang jalan dengan bini kau tadi tu siapa?”
“Oh, Aeesya. Mengapa? Kau berkenan ke?” tanya Azman dengan nada mengusik. “Kalau berkenan, aku boleh tolong risikkan.”
“Takde lah. Tanya je,” nafi Ameen. Namun hakikat sebenarnya, jantungnya bagai nak meletup melihat ciri-ciri muslimah sejati yang ditonjolkan oleh Aeesya. “Kalau aku perlukan pertolongan kau, aku telefon nanti. !”
Ya ALLAH, semoga jodohku dari kalangan pencinta-pencintaMU ya ALLAH!
“Abang. Abang.” suara lunak Aeesya menarik Ameen kembali ke dunia nyata. Ameen menatap wajah ayu isterinya dengan seraut senyuman. “Abang ni, melamun tak sudah-sudah,” ujar Aeesya sambil membalas senyuman suami nya yang tercinta.
“Abang bukan melamun,” jawab Ameen. “Abang cuma terkenangkan saat pertama abang nampak Humaira. Humaira tak tahu yang waktu tu abang berdebar semacam walaupun cuma melihat Humaira sekilas pandang.” Ameen menguis lembut hidung mancung Aeesya.
Aeesya tertawa kecil. Dia pun sebenarnya turut merasai debaran sewaktu motosikal Ameen menghampiri dia dan Nazwatul setahun yang sudah. Melihat penampilan Ameen yang berjubah serba putih ketika itu, menarik perhatian Aeesya. Namun, dia tidak mahu melihat lama-lama. Takut timbul fitnah. Dan akhirnya, melalui Nazwatul dan suami nya Azman, Aeesya dan Ameen dijodohkan.
“Abang tak kerja ke hari ni?” tanya Aeesya lembut. Semenjak dia pengsan tempoh hari, pihak hospital terpaksa menahan Aeesya kerana kesihatannya kurang stabil disebabkan kehilangan darah yang banyak. Nasib baik kandungan Aeesya tidak terjejas. Sejak hari itu jugalah Ameen berulang-alik dari rumah, kompleks MAS dan hospital.
Ameen melirik jam tangannya. “Kejap lagi abang pergilah. Sebelum tu abang nak tatap wajah isteri abang puas-puas. Sampai Humaira rasa bosan.”
“Abang ni…” Aeesya memuncungkan bibirkan sambil membuat nada rajuk manja. “Takkan lah Humaira bosan dengan suami sendiri.”
“Eh, pandai isteri abang merajuk yer!” tawa Ameen bahagia. “Abang saja je nak uji Humaira. Jangan merajuk ek. Nanti baby dalam perut kita tu ikut perangai merajuk mak dia. Kita dah janji, kan? Kita nak bentuk anak-anak yang soleh dan solehah. Anak-anak generasi al-Quran.”
Aeesya segera mematikan muncungnya. Sengaja dia membuat rajuk, supaya suami nya meluahkan lebih banyak kalimah cinta. Itulah petua yang dipelajarinya dari kisah hidup Siti Aisyah r.ha sebagai isteri Baginda SAW. Siti Aisyah sengaja merajuk manja agar mendapat perhatian daripada suami nya Nabi Muhammad SAW. Namun, rajuk itu tidak boleh lebih-lebih sehingga boleh mendatangkan pertengkaran.
Anak-anak generasi al-Quran, begitulah perancangan Ameen dan Aeesya untuk anak-anak mereka nanti. Biar dalam rumahtangga mereka dihiasi iklim addin dengan permata keluarga yang senantiasa mengalunkan kalam ALLAH.
Di atas meja sebelah katil Aeesya dipenuhi dengan makanan dan minuman yang berkhasiat dalam Islam. Air zamzam, buah tamar, jus Tok guru dan habbatus sauda yang mampu memberi kesihatan kepada ibu hamil dan kandungan. Malah, Ameen menghadiahkan sebuah telefon bimbit al-Quran kepada Aeesya agar anak dalam kandungan mereka biasa mendengar alunan suci itu.
“Okey lah. Abang dah nak ke pejabat ni. Kalau abang lambat, marah pulak Mr. Mogan nanti. Tapi sebelum tu, abang nak berpesan,” Ameen menggenggam lembut jemari Aeesya. “Pertama, sayangkan ALLAH dan RasulNYA melebihi segalanya. Kedua, ikut nasihat doktor dan makan makanan yang abang sediakan di atas meja ni. Dan yang ketiga, uhibbuki fillah hatta fil jannah abadan abada…” ucap Ameen sebelum mencium jemari Aeesya sambil memejam matanya, menghayati kebahagian yang ALLAH berikan.
Ameen segera membuka mata apabila terdengar esakan kecil Aeesya. “Kenapa sayang?”
Aeesya segera mengesat air matanya. “Takde apa-apa. Cuma Humaira bersyukur sangat kepada ALLAH kerana dikurniakan lelaki sebaik abang sebagai suami Humaira. Demi ALLAH, Humaira jugak sayangkan abang.” Ameen terharu mendengar pengakuan ikhlas isterinya. Didakapnya Aeesya penuh kasih. Kemudian, dileraikan dakapan itu sebelum menghadiahkan sebuah kucupan di kening Aeesya.
“Andainya Humaira pergi dulu sebelum abang, jagalah anak kita dengan baik…” bisik Aeesya perlahan namun cukup untuk menakutkan Ameen yang mendengarnya.
“Please Humaira, don’t say like that anymore. Abang tak suka. Please don’t make me worry,” tegur Ameen. Kolam air mata Aeesya dikesatnya dengan perlahan. Mata bundar isterinya ditatap lama-lama. “Abang tak nak pergi kerja kalau isteri abang buat muka sedih macam ni. Senyum sikit. Haa, macam tu lah isteri abang. Abang kerja pun senang hati.”
Selepas Aeesya mencium tangannya seperti biasa, Ameen melangkah keluar dari wad hospital itu. Kocakan di hatinya selepas mendengar ucapan Aeesya sebentar tadi masih belum reda. Walaupun Aeesya kembali dengan senyuman manisnya, namun Ameen gagal membendung kerisauan itu. Lantas dia berdoa memohon perlindungan diri dan keluarganya di dalam hati.
Tiba-tiba nada handphone Ameen berbunyi, dia membaca mesej yang dikirim oleh Aeesya. “Uhibbuka fillah hatta fil jannah abadan abada… ^_^ ” Kerisauan Ameen serta-merta hilang dihanyutkan kebahagiaan yang dirasainya ketika membaca mesej itu. Aku mencintaimu hingga ke syurga buat selama-lamanya kerana ALLAH.
Ya ALLAH, redhailah cinta kami dalam peliharaan lembayung kasihMU buat selama-lamanya.
hehe..
aku plan nak habiskan cerpen ni dlm ni dulu. Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sikap takbur walaupun sebesar debu.
[HR. Muslim]
“Abang Am, datang ke hospital sekarang! Kak Aeesya dah nak bersalin!” suara adik ipar Ameen, Yusra, jelas kedengaran. Suaranya kedengaran cemas.
Ketika itu, Ameen sedang sibuk membuat pemeriksaan aircraft radio system. Serta-merta Ameen meninggalkan tugasnya. “Farhan, please inform to Mr Mogan. I need to leave early. Urgent!” Pesan Ameen kepada rakan setugasnya.
“Kenapa?” tanya Farhan.
“Bini aku nak bersalin.”
“Okey! Okey! I’ll tell him later.”
“Thanks!” Segera Ameen keluar dari Avionic Room ke tapak parkir.
Enjin kereta dihidupkan seusai membaca kalimah ALLAH. Itulah amalan sunnah yang diamalkannya sejak mengenal dunia. Memulakan kerja dengan membaca basmalah dan diakhiri dengan hamdalah.
“Aeesya kat mana?” tanya Ameen sebaik sampai di depan wad bersalin sehingga terlupa memberi salam.
“,” ucap Yusra. Ameen menjawab salam tersebut, kemudian beristighfar dalam hati. Menyesali kelalaiannya dalam mengamalkan sunnah Baginda SAW. “Kak Aeesya dah masuk wad kecemasan. Doktor cakap badan Kak Aeesya terlalu lemah untuk bersalin secara normal. So, terpaksa guna pembedahan.”
“Apa? Diorang tak minta permission abang pun nak buat pembedahan!” suara Ameen meninggi. Terkejut. “How come they can make the operation?”
“Ayah yang sign borang kebenaran untuk pembedahan tu. Nak tunggu abang, dah tentu tak sempat. Lagipun, doktor cakap nyawa Kak Aeesya boleh terancam kalau bersalin secara normal,” jelas Yusra bersungguh-sungguh. Dia tahu abang iparnya risau. Tapi, selaku adik, Yusra lagi risau.
“Habis, buat pembedahan tak mengancam nyawa?” Ameen sebetulnya dari awal lagi tidak mahu Aeesya bersalin menggunakan cara pembedahan. Disebabkan itulah dia menjadi sebegini risau.
Yusra menggenggam bahu Ameen. “Sabar, bang. Sabar.” Nasihatnya tanpa perlu mengulas lagi mengapa perlu bersabar. Kerana dia tahu abang iparnya pasti sudah maklum bahawa sabar itu sebahagian daripada iman. “Sekarang banyakkan doa supaya Kak Aeesya dan kandungannya selamat. Jom duduk dulu. Ayah dan lain-lain tengah tunggu tu.”
Sebaik menyapa doa kesejahteraan kepada keluarga isterinya yang berada di ruang menunggu, Ameen melabuhkan punggung di sebelah Encik Marzuki, bapa mertuanya. Kesemua yang berada di situ diam seribu bahasa. Masing-masing berasa bimbang.
“Apa yang abang buat kalau abang rasa marah ke, geram ke, bimbang ke…?” ucap Aeesya sewaktu berbulan madu di negara matahari terbit dahulu.
“Hmm… kalau abang marah, atau abang geram, abang ambil wudhuk sebab sabda Nabi SAW mafhumnya; Sesungguhnya marah itu berasal dari syaitan dan syaitan diciptakan dari api, dan api hanyalah dapat dipadamkan dengan air. Apabila di antara kalian marah, hendaklah berwuduk.” ulas Ameen panjang lebar. “Dan kalau abang bimbang, abang akan banyakkan zikir. Sebab firman ALLAH maksudnya, tidakkah dengan berzikir kepada ALLAH itu menenangkan hati.”
Kenangan berilmiah itu menyapa minda sedar Ameen. Lantas dia memperbanyak zikir sementara menunggu doktor keluar. Terbukti usahanya berkesan! Hatinya tiba-tiba terasa aman. , ucapnya dalam hati. Serentak itu lampu kecemasan yang tertera di pintu wad berubah menjadi hijau.
Kesemua ahli keluarga Aeesya bingkas mendekati Doktor Amnah termasuk Ameen. Berdebar-debar mereka menanti kalimat yang bakal diucapkan oleh doktor itu. Wajah doktor itu tampak tenang. Sukar ditafsir sama ada eksperi itu menunjukkan pembedahan selamat atau mengisyaratkan agar mereka turut bertenang mendengar khabar Aeesya.
“, bayi perempuan selamat dilahirkan,” ucapnya lantas semua ahli keluarga Aeesya turut bersyukur. “Tetapi…” Suasana kembali senyap. “… Aeesya…”
Ya ALLAH, tabahkanlah hatiku dalam mengahadapi ujianMU ya ALLAH!"
Petang itu seperti biasa – redup, nyaman, tenang, dan menyegarkan. Aeesya mengambil Aeeman dari buaiannya sebaik bayi kecil itu menangis, terjaga dari tidurnya yang panjang. Sebaik berada dalam dakapan Aeesya, bayi itu diam. Selesa berada bersama mamanya. Perlahan-lahan, Aeesya mendukung Aeeman ke bahagian luar rumah.
“Mama! Mama!” panggil si kecil Balqis sambil melambai tangannya. Tika itu Ameen sibuk melayan karenahnya di laman rumah.
Aeesya mara menghampiri Ameen. Sejenak Ameen menoleh sebelum bingkas berdiri. Dia mengacah-acah tangannya untuk bermain dengan bayi lelaki 8 bulan itu. Bayi itu teruslah hidup gelaknya melihat Ameen bermain dengannya.
“Papa nak cium baby Aeeman,” ujar Ameen sebelum melabuhkan bibirnya di pipi kudus milik Aeeman.
Balqis yang sedari tadi sekadar menjadi pemerhati melompat-lompat bersuara, “Balqis nak cium Aeeman jugak! Balqis nak cium Aeeman jugak! Eeeii… papa tak malu! Haha…” Anak kecil berusia 4 tahun itu menutup matanya tatkala melihat Ameen mengalih ciuman ke pipi Aeesya pula.
“Ish, abang ni! Malulah kat Balqis tu,” Aeesya tersipu-sipu sebaik selepas dicium pipinya. Mukanya yang cerah menjadi kemerah-merahan.
“Tak salah kan abang cium Humaira? Saja nak tengok kesahihan panggilan manja untuk isteri abang,” Ameen memandang nakal kepada Aeesya. “Hah, sekarang papa pun nak cium pipi Balqis jugak!”
Balqis serta-merta menjerit apabila dirangkul papanya dalam dakapan. “Tak nak! Tak nak!” jeritnya dalam tawa yang mencuitkan hati. “Papa ada janggut kat dagu! Geli!” Tawanya semakin menjadi-jadi apabila Ameen memainkan janggut sejemputnya di leher Balqis.
TON! TON!
Sebuah kereta Mazda MX berhenti di luar perkarangan rumah Ameen. Hisham dan isterinya Masrah keluar dari perut kereta itu.
“Ibu! Abah!” Balqis lantas meluru ke arah Hisham dan Masrah.
“Anak abah sihat? Ada nakal-nakal dengan Papa dan Mama?” tanya Hisham sambil mengangkat anak sulungnya. Semenjak pasangan suami isteri itu bergiat aktif dalam bisnes mereka di Shah Alam, Hisham setiap hari akan meninggalkan anak-anaknya di rumah sepupunya, Aeesya, dari pagi sampai petang. Sejak itulah Balqis terbiasa memanggil Ameen dan Aeesya sebagai papa dan mama.
“Balqis budak baik, tak pernah nakal-nakal,” celoteh anak kecil itu. “Tadi Papa ajarkan Balqis doa untuk ibu bapa.”
“Ya ke? Macam mana? Ibu nak dengar,” sampuk Masrah.
“Allahumaghfirli waliwalidaiya warhamhuma kama rabbayani soghiro. Ya ALLAH ampunilah dosa kedua ibu bapaku sepertimana mereka mengasihiku sewaktu kecil.”
“Bijaknya anak abah,” puji Hisham sambil menghadiahkan sebuah kucupan di dahi anaknya.
“Abang Sham dan Kak Mas masuklah dulu. Saya buatkan air. Mesti penatkan driving dari Shah Alam ke Kelana Jaya ni,” pelawa Aeesya.
“Eh, tak payahlah nak susah-susah Aeesya. Cukuplah kamu berdua tolong jagakan anak-anak kami. Nanti tak berbalas pulak budi kamu,” ujar Hisham.
“Alah, kejap je Abang Sham. Bukannya lama. Lagipun kita kan keluarga. Memanglah perlu tolong-menolong,” pujuk Ameen agar Hisham menerima pelawaan mereka.
“Bukan tak nak, Ameen. Cuma malam ni kami nak bertolak ke Langkawi, ada conference kat sana. Pasal tu nak cepat,” jelas Masrah, memberitahu perkara sebenar.
“Kalau macam tu, biar saya ambil barang-barang Aeeman dalam rumah kejap.” Aeesya menyerahkan Aeeman kepada ibunya sebelum masuk ke dalam rumah. Tidak lama selepas itu dia keluar dengan membawa bakul barangan Aeeman dan Balqis. Selepas bersalam-salaman, pasangan Hisham dan Masrah meminta diri untuk pulang.
Rumah Semi-D dua tingkat itu kembali menjadi sunyi. Ameen menghampiri Aeesya sebelum merangkul pinggang langsing itu. “Abang pun teringin nak ada anak,” bisik Ameen perlahan. Rambutnya beralun-alun ditiup angin petang.
“Tak lama lagi, kita pun ada anak sendiri. Cuba abang rasa perut Humaira,” Aeesya menurunkan tangan Ameen ke perutnya. “Kelmarin Aeesya check kat klinik Wardah. Wardah beritahu, Humaira dah berbadan dua. Baru nak masuk sebulan setengah.”
Riak wajah Ameen ternyata gembira dan dalam masa yang sama, terkejut. “Syukur ya ALLAH! Mengapa tak beritahu abang awal-awal?”
“Humaira nak cari masa yang sesuai, macam sekarang. Baru romantik!” Aeesya tertawa manja, tangannya membalas genggaman lembut suami nya.
“Macam tu, terpaksalah abang cuti setiap malam,” seloroh Ameen nakal. Aeesya yang mulanya tidak faham, baru dapat menangkap maksud Ameen. Dicubitnya lengan suami nya. Ameen mengaduh kesakitan, yang ternyata dibuat-buat. Cubitan seorang isteri solehah tidak lebih seperti gigitan semut kecil, bak kata orang – cubit-cubit sayang.
“Okey! Okey! Abang janji tak nakal lagi,” ujar Ameen, tawanya masih bersisa. “Cuma nakal sikit je. Auchh!” Aeesya meningkatkan tahap cubitannya. “Gurau senda kan pengukuh kasih suami isteri, sunnah nabi.” Jemari yang digunakan Aeesya mencubit ditarik Ameen perlahan sebelum dikucupnya lembut. Dalam hatinya berdoa, “Ya ALLAH, kekalkanlah kebahagian rumah tangga kami dalam lembayung rahmat dan cintaMU.”
“Abang pernah dengar tak kisah ayah yang derhaka kepada kepada anak?” tanya Aeesya.
“Rasanya pernah, tapi abang nak dengar dari isteri abang sendiri,” jawab Ameen.
“Kisahnya begini, ada seorang lelaki bertemu dengan Umar al-Khattab. Dia mengadu bahawa anaknya menderhakainya. Lantas, anak lelaki tersebut dihadapkan kepada Umar al-Khattab. Si anak bertanya, ‘Wahai Amirul Mukminin, adakah anak mempunyai hak daripada seorang ayah? Apakah hak-hak itu wahai Amirul Mukminin?’ Abang tau tak apa hak-hak tu?” tanya Aeesya bijak.
Ameen buat muka berfikir. Hakikatnya dia tahu kerana kisah ini pernah dijadikan bahan tazkirahnya ketika sekolah dulu. “Abang dah lupa lah.”
“Lepas tu kan, Umar al-Khattab menjawab, ‘Hak-hak seorang anak daripada ayahnya ialah memilih ibu yang baik-baik untuknya, diberikan nama yang indah, dan diajarkan tentang al-Quran’. Si anak kemudian berkata lagi, ‘Sesungguhnya ayahku ini tidak melaksanakannya sedikit pun. Ibuku seorang Negro janda bagi seorang Majusi, memberi Ju’ul sebagai namaku, dan langsung tidak mengajarkan al-Quran kepadaku.’ Umar al-Khattab lantas berkata kepada lelaki yang mengadu itu, ‘Sesungguhnya engkaulah yang derhaka ke atas anakmu.’ Lelaki itu kemudiannya diberi hukuman yang setimpal,” cerita Aeesya panjang lebar.
“Cerita yang baik untuk seorang yang bergelar ayah dan suami. Daripada ketiga-tiga hak tu, hak pertama abang dah terlepas. hak kedua dan ketiga bakal dilaksanakan. Abang pun nak berkongsi tentang sebuah hadis Nabi Muhammad SAW yang mafhumnya: Sesungguhnya kamu pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama-namamu dan nama-nama orang tuamu. Berilah nama yang baik [HR Abu Daud]. So, nama-nama anak kita mestilah yang indah-indah,” ulas Ameen kepada isterinya.
“Humaira terfikir nak namakan anak kita Ameen Muhammad Yusuf, in case if we get a baby boy. Ameen tu nama gelaran nabi dan nama abang. Muhammad dan Yusuf pulak diambil dari surah-surah pilihan yang selalu dibacakan untuk ibu mengandung, and of course nama-nama nabi jugak,” jelas Aeesya persis seorang ustazah.
“Bijak isteri abang. Sedap nama tu. Abang teringat sebuah hadis Nabi SAW yang lain yang maksudnya; Namailah anak-anakmu dengan nama para nabi. Dan nama yang paling disukai ALLAH ialah Abdullah dan Abdurrahman. Dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah [HR Abu Daud dan Nasa’ie]. Kalau dapat anak perempuan, abang nak nama anak kita…”
Ya ALLAH, cintaku kepadaMU mengalahkan cintaku pada makhlukMU.
“Humaira terfikir nak namakan anak kita Ameen Muhammad Yusuf, in case if we get a baby boy. Ameen tu nama gelaran nabi dan nama abang. Muhammad dan Yusuf pulak diambil dari surah-surah pilihan yang selalu dibacakan untuk ibu mengandung, and of course nama-nama nabi jugak,” jelas Aeesya persis seorang ustazah.
“Bijak isteri abang. Sedap nama tu. Abang teringat sebuah hadis Nabi SAW yang lain yang maksudnya; Namailah anak-anakmu dengan nama para nabi. Dan nama yang paling disukai ALLAH ialah Abdullah dan Abdurrahman. Dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah [HR Abu Daud dan Nasa’ie]. Kalau dapat anak perempuan, abang nak nama anak kita…”
Ya ALLAH, cintaku kepadaMU mengalahkan cintaku pada makhlukMU.
bersambung…
6.
RUHAIDAH! Bingkas Ameen bergegas ke bilik tingkat atas. Baru sebentar tadi Ameen mengenang memori lama sewaktu Aeesya memberi khabar gembira tentang kandungan mereka berdua. Namun, tangisan bayi sulungnya itu terus mematikan lamunan indah itu. Masuk kali ini, entah ke berapa kali bayi 10 bulan itu menangis. Kadang-kadang, pening juga Ameen menguruskan bayi kecil itu.
Sebaik menjejakkan kaki ke dalam bilik, suara tangisan itu hilang. Aeesya nampaknya terlebih dahulu mengambil Ruhaidah dari buaian. Di atas sofa bilik itu, Aeesya menyusukan Ruhaidah. Ameen melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya. Tangannya mencapai Mobile Quran yang tergeletak di atas meja dan ditekannya butang telefon beberapa kali. Alunan zikir dari Munir Hijjaz mulai memenuhi setiap ruang bilik itu.
Semerdu alunan zikir itu berlagu, fikiran Ameen kembali berterbangan ke awan yang lampau…
“Tak nak. Humaira nak tinggal sini jugak. Humaira tak nak balik rumah mak,” bentak Aeesya ketika perutnya sarat mengandung 7 bulan.
“Tapi, siapa nak jaga Humaira kalau abang keluar kerja? Kalau Humairah duduk di rumah mak, mak boleh tolong tengok-tengokkan Humaira. Kalau ada kecemasan, abang takde lah risau sangat pasal mak ada, ayah ada, Yusra ada,” pujuk Ameen supaya Aeesya berlembut hati dengan cadangannya.
“Humaira boleh jaga diri sendiri. Abang tak percaya Humaira ke?,” Aeesya tetap berkeras dengan keputusannya.
Ameen mengeluh kecil. Huh, susah jugak nak handle bini time mengandung ni! Sensitif menjadi-jadi, getus hatinya. “Bukan abang tak percayakan Humaira. Abang just nak ada orang jagakan Humaira time mengandung macam ni. Humaira kan faham tugas abang ni tak menentu. Kadang-kadang balik pukul 10, pukul 4 pagi,” jelas Ameen mengharap isterinya faham. “Lagipun, mak ayah tak suka duduk area bandar macam ni. Kalau tak, dah lama abang jemput mereka tinggal di sini.”
“Tapi Humaira risaukan abang,” suara Aeesya mulai berubah seperti menahan tangis. “Siapa nak masakkan makanan untuk abang? Siapa nak siapkan pakaian abang? Siapa nak kejutkan tidur abang?” diluahkannya segala yang terkandung di benak hatinya. “Humaira tak sanggup duduk berjauhan dengan abang. Humaira tak sanggup…” akhirnya air mata Aeesya berguguran jua.
Ya ALLAH! Kalaulah hari tu aku bertegas menyuruh Aeesya pulang ke rumah, pasti dia tidak pengsan di bilik air. Pasti dia tidak mengalami kesulitan ketika bersalin. Ah, memang lumrah menjadi lelaki seperti aku! Mudah tewas hanya dengan deraian air mata wanita. Keluh Ameen seorang diri. Dan pasti Humaira tidak akan…
Aeesya menyentuh bahu suami nya lembut. Senyumannya terukir cantik di bibir, menaikkan kasih Ameen kepadanya.
Dan pasti Humaira… pasti Aeesya tidak menjadi bisu selepas melahirkan Ruhaidah!
Mata Aeesya seperti bertanya kepada Ameen, Abang penat ke? Ameen menjawab dengan gelengan sambil membalas mesra senyuman Aeesya. Timbul rasa simpati kepada isterinya yang telah hilang keupayaan untuk bersuara, semata-mata ingin melahirkan bayi dalam dakapan Aeesya ketika itu!
Ameen memandang tajam kepada Ruhaidah yang sedang menyusu. Entah mengapa, Ameen seolah-olah kurang menyenangi dengan kelahiran Ruhaidah. Ameen seperti ingin menuding jari atas kesemua kesalahan kepada bayinya itu. Sungguh! Dia tidak dapat menerima bahawa Aeesya bisu selepas bersalin. Malah, dia tersangat tidak dapat menerima kenyataan bahawa Aeesya menjadi bisu disebabkan bayi perempuan yang cacat ini!
Aeesya yang sejak tadi melihat suami nya merenung tajam kepada bayi mereka lantas menggoncang perlahan tubuh suami nya. Ameen serta-merta beristighfar! Dahinya dipicit berulang kali, cuba menghilangkan kecelaruan yang berkocak ketika itu. Sungguh tak patut sebagai seorang ayah membenci anaknya yang baru lahir, bisiknya.
Ruhaidah berhenti menyusu lantas Aeesya mendirikan bayi itu di atas ribaannya. Bayi itu jika dilihat dari kanan kelihatan seperti bayi sempurna. Tetapi jika dilihat dari hadapan, terserlah kecacatannya. Wajah sebelah kirinya hodoh. Pipinya menggerenyet ke bawah lantas memburukkan bentuk mata sebelah kiri Ruhaidah. Sungguh tidak sesuai dipadankan dengan wajah sebelah kanannya yang menyerupai iras Aeesya.
Bayi itu tertawa bermain dengan ibunya. Tiba-tiba Aeesya menghulurkan Ruhaidah kepada Ameen. Ruhaidah, yang hanya mengenali ibu dan ayah ketika itu, menjerit suka melihat ayahnya. Tangannya didepakan agar diambil oleh ayahnya. Tetapi, Ameen terus bangkit dari duduknya sebelum meninggalkan bilik itu. Langsung Ameen tidak mempedulikan untuk menyambut bayinya yang mengharap dakapan seorang ayah.
Tidak beberapa lama kemudian, kedengaran bunyi enjin kereta dihidupkan sebelum hilang meninggalkan rumah. Aeesya sekadar melihat sayu kereta suami nya meluncur laju di jalan raya. Aeesya tahu, Ameen tidak dapat menerima hakikat keadaan Ruhaidah. Air mata Aeesya gugur lagi. Dipeluknya Ruhaidah dengan penuh kasih sambil hatinya berdoa, “Ya ALLAH, jauhkanlah suamiku daripada bisikan iblis laknatullah yang sentiasa menyesatkan manusia beriman. Semarakkanlah kasih sayang keranaMU dalam keluarga ini ya ALLAH!”
Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar. (at-Taghabun 64:15)
Ya ALLAH, aku ini Sang Pelaku Dosa yang sentiasa mengharap keampunanMU atas dosa-dosaku.
Dua tahun telah berlalu. Banyak perubahan yang telah berlaku dalam keluarga Ameen. Aeesya yang dulunya sekadar bisu kini telah lumpuh kaki. Nasib baik nikmat tangannya masih berfungsi seperti biasa. Kerusi roda menjadi teman setianya untuk bergerak ke sana ke mari dipandu oleh tangannya. Kadang-kadang Ameen yang membantunya untuk bergerak.
Ruhaidah pula tumbuh besar seperti kanak-kanak seusianya. Walaupun tidak sesempurna kanak-kanak lain, namun dia memiliki seorang ibu yang sangat menyayanginya. Malah, ayah angkat dan ibu angkatnya di sebelah rumah juga sangat mengambil berat akan dirinya. Abang Johan dan Kak Saida tahu, Ruhaidah merupakan kanak-kanak istimewa yang memerlukan perhatian penuh agar dia tidak berasa terpencil.
“ warahmatullah,” Ameen memberi salam di sebelah kanan bahunya. “ warahmatullah,” mukanya diusap selepas memberi salam yang kedua.
“Salamatullah…” kedengaran suara kecil di belakang Ameen. “Salamatullah…”
Ameen segera berpaling ke belakang. Dahinya berkerut. Ruhaidah tersengih melihat abahnya yang kehairanan. Buat pertama kalinya, Ameen membalas senyuman anak tunggalnya itu. Dia sungguh terkejut melihat Ruhaidah mengikutinya solat. Selama ini Ruhaidah hanya memerhati di muka pintu bilik solat. Sungguh, Ameen bersyukur dalam hati. Ruhaidah nampaknya cenderung menjadi muslimah sejati persis ibunya.
“Meh sini salam abah,” panggil Ameen seusai membaca doa.
Ruhaidah berdiri dari tempat solatnya kemudian meluru memeluk Ameen. Perlahan-lahan Ameen melonggarkan dakapan Ruhaidah lalu dipangkukan di atas ribaannya.
“Lain kali, solat kena pakai telekung. Tak pun Aida kena pakai tudung,” ujar Ameen lembut sambil membelai rambut lurus anaknya. “Lepas tu, solat sebaik-baiknya kena ada alas macam sejadah. Untuk hidupkan sunnah nabi dan keselesaan solat.”
“Aida takde. Umi tak beli,” susunan ayat Ruhaidah walaupun masih belum teratur tetapi cukup berkesan kepada Ameen. Umi tak beli – maksudnya selama ini Ruhaidah hanya selalu meminta apa-apa dari ibunya yang bisu. Tak pernah bertanya dengan Ameen kerana Ameen kurang melayaninya.
al ‘adzim! Ameen, mana tanggungjawab engkau sebagai seorang ayah? Engkau dah lupakah dengan pesan nabi?
Dari Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda mafhumnya; Muliakanlah anak-anakmu dan didiklah mereka dengan sebaik-baiknya. [HR Ibnu Majah].
“Abah sakit ke abah?”
“Hmm… tak. Abah tak sakit,” ujar Ameen. “Cuma esok abah nak belikan hadiah untuk anak abah.”
Mata sebelah kanan Ruhaidah yang cantik membesar tanda gembira, sementara mata sebelah kirinya tetap sepet ke bawah. Ruhaidah memeluk abahnya gembira. Walaupun Ameen kurang melayaninya, namun dia sangat menyayangi Ameen kerana itulah wajah yang dilihatnya setiap hari. Aeesya yang memerhati dari luar tersenyum gembira melihat kemesraan yang bercambah di antara anak dan suami nya.
Keesokan harinya, Ameen telah mengajak Shamil ke pusat pakaian kanak-kanak. Dia tahu bahawa kawan baiknya itu bijak mencari pakaian kanak-kanak bercirikan muslimat kerana dua orang daripada tiga orang anak Shamil adalah perempuan. Dan kedua-dua puteri Shamil itu digayakan dengan pakaian muslimat.
“Aku selalu bawa anak-anak aku beli baju di Gedung Pakaian Anakku. Mudah nak cari baju islamik untuk diorang. Anak kau Ruhaidah selama ni pakai baju apa?” tanya Shamil ingin tahu.
Ameen tersengih-sengih untuk menjawab. “Hmm… memandangkan bini aku tak dapat nak keluar bersama belikan baju Aida, so aku belikan baju lengan panjang dan seluar panjang je. Corak macam-macam – Barbie, Upin Ipin, Sailormoon, Power Rangers.”
Shamil tergelak besar mendengar pengakuan Ameen. “Engkau ni tak habis-habis dengan kartun sampai pakaian anak kau pun corak kartun-kartun. Sepatutnya anak perempuan dibelikan baju berwarna lembut macam pink, kuning. Baguslah kalau kau biasakan Ruhaidah dengan baju lengan panjang. Tapi baju kartun-kartun tu aku tak boleh blah!” Shamil menyambung tawanya.
“Bini aku tak komen apa-apa pun tentang pakaian yang aku belikan tu. Engkau pulak lebih-lebih gelakkan aku,” Ameen cuba tidak tergelak walaupun hatinya ingin berbuat sedemikian kerana menahan malu. Adeih, pedih jugak kena gelak kawan sendiri! Inilah akibatnya kalau tak ada pengalaman membeli pakaian budak, monolog Ameen.
“Okey! Okey! Aku minta maaf. Cuma aku nak tanya satu soalan lagi. Baju Spongebob pun kau beli jugak ke?”
Ameen menggangguk. “Tapi bukan Spongebob sorang. Ada Patrick sekali.”
Shamil yang tidak mampu untuk membendung tawanya terus menarik Ameen masuk ke dalam kedai pakaian Anakku. Di situ, mereka membelek-belek pakaian untuk Ruhaidah. Dalam lapan set pakaian kanak-kanak muslimat diambil mereka. Ketika Ameen ingin membayar di kaunter, Ameen terlihat timbunan sejadah bersaiz kecil.
“Tolong kira semua,” Ameen meletakkan bakul pakaian di meja kaunter. “Termasuk satu sejadah kecil macam tu.”
Chasier itu mengambil sehelai sejadah hijau bercorak kubah kemudian ditunjukkan kepada Ameen, “Macam ni?” Ameen mengangguk. “Semua sekali RM167.85”
Selepas mengambil baki, Ameen melangkah keluar ke tempat parkir. Shamil telah sedia menunggu di dalam sambil membelek majalah Solusi yang baru dibelinya. Itulah sahabat baiknya Shamil, tidak pernah ketinggalan membeli majalah berilmiah itu sejak edisi pertama lagi. Dari pembacaan dalam majalah itulah yang menyebabkan Shamil banyak mengetahui pelbagai infomasi.
“Jazakalahu khairun katsira, ya syeikh! Kalau engkau takde, entah baju apalah aku beli untuk Ruhaidah kali ni,” ucap Ameen ketika berhenti di hadapan rumah Shamil.
“Afwan, ya maulana. Ini namanya khidmat kawan… ikramul muslimin. Kalau ada apa-apa hal lagi, call je aku. Sedia membantu!” Shamil menjabat tangan kawannya erat.
ya ALLAH. KAU berikan aku sahabat sejati. Dan KAU juga berikan aku peluang menggembirakan anakku yang selama ini aku abaikan. .
Enjin kereta dimatikan di hadapan rumah. Sebaik Ameen memberi salam dan membuka pintu, Ruhaidah terus meluru ke arahnya sambil menangis teresak-esak. Tas-tas pakaian Ruhaidah dilepaskan di atas lantai. Ameen memeluk Ruhaidah yang menggigil ketakutan. Mulutnya tidak berhenti menyebut nama umi. Kala itu, baru Ameen perasan ruang tamu rumah mereka bersepah-sepah seperti digeledah!
HUMAIRA!!!
Ya ALLAH, berikanlah aku inayahMU agar aku terus tabah menghadapi segala ujian dariMU.
“Ameen dah fikir masak-masak ke dengan keputusan Ameen ni?” Mak Nor meminta kepastian anak bongsunya yang ketika itu sedang memasukkan beg-beg pakaiannya ke dalam kereta.
“Ameen fikir inilah langkah terbaik untuk Ameen buat masa ni,” Ameen berhenti sebentar sebelum memasukkan beg seterusnya. “Ameen tak boleh jaga Aida seorang diri mak. Lagi pun, Ameen selalu balik lambat ke rumah. Biarlah Aida tinggal di sini dengan mak dan ayah.”
Mak Nor mengesat air matanya dengan hujung lengan baju. Sedih mengenangkan musibah yang menimpa rumah tangga anaknya. Kasihan. Baru tiga tahun lebih berkahwin, Aeesya meninggalkan Ameen buat selama-lamanya. Mak Nor sangat sayang dengan menantunya itu. Bukan saja manis rupa paras, malah bagus pula hati budinya.
“Ameen dah siap ke?” Pak Roslan keluar dari rumah, siap untuk menghantar anaknya ke lapangan terbang.
“Dah ayah,” jawab Ameen tenang. Dia cuba tersenyum, tetapi senyumnya kelihatan plastik. Ah, mana mungkin dia dapat mengukir senyum kalau baru kehilangan isteri dua minggu yang lalu. Kubur isterinya pun masih kelihatan baru ketika dia menyusur sekitar pukul 8 pagi tadi. “Ayah, sebelum kita ke airport, saya nak singgah ke rumah keluarga Aeesya sekejap.”
“Hmm,” angguk Pak Roslan.
Kedua-dua beranak itu masuk ke dalam perut kereta. Air mata Mak Nor mulai mengalir. Ameen sebak. Dia juga terasa ingin menangis, tetapi dilawannya permintaan hatinya itu. Dia perlu tabah dengan pemergian isterinya.
Dari Ummu Salamah R.HA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda mafhumnya, “Barangsiapa di antara wanita meninggal, sedangkan suami dalam keadaan redha kepadanya maka dia masuk syurga.” [HR Tirmizi]
Itulah pujian Rasulullah SAW terhadap wanita solehah. Doalah seindah-indah hiasan dunia, sebaik-baik harta simpanan bagi suami, dan dialah ahli syurga.
“Ameen! Ameen!” Mak Nor mengetuk cermin kereta yang kemudiannya diturunkan Ameen. “Ameen tak nak jumpa Aida ke?”
Ameen tunduk. “Biarlah dia tidur dulu, mak. Nanti dia tak nak lepaskan Ameen pergi kalau dia nampak Ameen.”
Usai mengucapkan salam kesejahteraan, Proton Wira Pak Roslan meluncur ke jalan raya. Meninggalkan Mak Nor yang setia berdiri di laman rumah. Ya ALLAH, tabahkanlah hati anakku, bisiknya.
Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Namun, khabar Ameen langsung tidak kedengaran oleh Pak Roslan dan Mak Nor. Kali terakhir Ameen menghubungi mereka ketika dia memberitahu bahawa dia mendapat tawaran untuk berkerja di Mesir. Sejak panggilan terakhir itu, Ameen sepi begitu sahaja. Pernah juga Pak Roslan meminta tolong Aruddin, anak jati Kampung Umas, yang bekerja berdekatan dengan Compleks MAS untuk mencari Ameen. Hasilnya, hampa. Ameen tetap gagal ditemui.
Petang itu, selepas Pak Roslan pulang dari kebun sebelah rumahnya, dia berehat di beranda rumah. Mak Nor datang dari dapur dengan membawa dulang yang berisi cempedak goreng dan kopi kosong.
“Abang ada dengar apa-apa berita pasal Ameen?” tanya Mak Nor selepas menghidangkan juadah ringan itu.
Riak Pak Roslan berubah apabila nama Ameen disebut. “Biarlah dia, Nor. Dah dia buat pilihan tak nak hubungi kita, apa boleh buat,” ujarnya seakan-akan berputus harapan.
Mak Nor mengeluh kecil. Dilarikannya pandangan kepada Ruhaidah yang sibuk bermain dengan sepupu-sepupunya di laman rumah. “Nor kesian dengan Aida tu. Dah dekat empat bulan dia tak nampak abahnya. Mesti dia rindu nak berjumpa dengan Ameen.”
Mak Nor teringat ketika Aya Safiyyah – kakak keempat Ameen – bersama keluarganya sampai ke rumah, Ruhaidah melompat-lompat gembira kerana menyangka abahnya turut berada di dalam kereta. Sungguh menyayat hati apabila anak kecil itu menangis di belakang pintu sebaik mendapati Ameen tidak bersama dengan mak ciknya. Mujur Aya Safiyyah pandai memujuk, berhenti juga tangisan Ruhaidah.
“Ameen, Ameen. Di mana kau sekarang, nak,” luah Mak Nor perlahan.
“Mak, ayah. Termenung jauh nampak. Teringat kenangan manis masa muda-muda ke?” sapa Ikmal, suami Aya Safiyyah, dengan nada mengusik.
“Merepek je kamu ni, Ikmal. Mak dengan ayah mana ada kenangan muda-muda macam zaman kamu sekarang. Dulu takde dating-dating, terus je kahwin ikut pilihan keluarga,” sangkal Mak Nor terhadap pertanyaan menantunya tadi. Diliriknya pandangan ke arah suami nya. Pak Roslan sekadar senyum buat tak tahu walaupun mereka juga mempunyai kenangan indah sewaktu diperkenalkan.
“Habis tu, mak dengan ayah menungkan apa tadi?”
“Pasal adik engkau, Ameen,” jawab Pak Roslan. “…pasal Ruhaidah.”
Ikmal mengangguk faham. “Saya pun hairanlah mak, ayah. Ameen tu yang saya kenal selama ni, baik jer orangnya. Sejuk jer hati kalau berbual dengan dia. Mungkin dia nak lupakan cerita sedih dengan arwah bini dia kot.”
“Mak dengan ayah pun tak tahulah pasal apa dia hilang macam tu jer. Kalau iya pun nak lupakan pasal kisah sedih isteri dia, takkanlah keluarga dia yang masih hidup pun dia nak lupakan. Tu, anak dia tu. Kesian mak tengok asyik-asyik tanya pasal abah dia,” ujar Mak Nor terus-terang.
“Tapi mak, saya kagum dengan cara Ameen didik anak dia tu,” Ikmal memandang Ruhaidah yang ketika itu berlari berkejar-kejaran dengan tiga orang anaknya. “Malam tadi sewaktu saya nak ke tandas, saya nampak Aida tengah solat di bilik solat. Ajaib sungguh tengok anak berusia tiga tahun macam tu dah pandai bangun malam.”
Pak Roslan tersenyum bangga. Bangga mempunyai cucu yang nampak ciri-ciri solehah. “Mula-mula ayah dengan mak pun terkejut jugak dengan Aida yang bangun solat tiap-tiap malam. Kami ingatkan dia mengingau rindukan abahnya. Rupa-rupanya dia solat. Pasal tu ayah sengaja rendahkan suis lampu dekat dengan lantai. Supaya senang dia nak buka lampu. Aida cakap, makruh solat dalam gelap.”
“Mak rasa dia dah terbiasa dengan macam tu waktu dengan umi dan abah dia. Ameen tu malam-malam kejutkan Aeesya qiamullail. Tak pun Aeesya yang kejutkan Ameen. Lepas tu, Ameen angkat Aeesya untuk ambil wuduk dan solat bersama-sama,” jelas Mak Nor bersungguh-sungguh.
Akan tetapi, tiada siapa yang cuba mengaitkan kelahiran Ruhaidah dengan ikhtiar-ikhtiar yang diamalkan Ameen dan Aeesya semasa Ruhaidah dalam kandungan. Mereka berdua tidak pernah putus-putus mendoakan agar zuriat mereka menjadi generasi al-Quran yang sejati. Pelbagai lagi amalan yang dilakukan seperti pemakanan berkhasiat dalam Islam, alunan ayat-ayat suci Quran, dan banyak lagi.
Mungkin kerana asbab itu jugalah Ruhaidah mudah menghafal bacaan-bacaan dalam solat yang diajar abahnya (kini Mak Nor dan Pak Roslan) mahupun surah-surah dalam al-Quran. Perkara ini tidak mustahil jika diusahakan berserta doa yang sungguh-sungguh. Subhanallah!
Tiba-tiba, mereka bertiga dikejutkan dengan deringan telefon di dalam rumah. Mak Nor bergegas menganggkat gagang. Selepas beberapa minit, dia keluar dengan riak muka yang sukar ditafsir (sama ada gembira, sedih, terkejut). “Azman dengan isterinya telefon dari Mekah. Mereka nampak Ameen di sana berpakaian ihram, menunaikan haji.”
Ya ALLAH, aku redha dengan ketentuan yang KAU berikan kepadaku.
, syukur Ameen di dalam hati. Dia baru saja selesai mengerjakan tawaf sunat sebentar tadi. Tetapi ada sesuatu yang membuat dia berasa kurang tenang. Wajah anaknya, Ruhaidah, berulang kali muncul dalam sujudnya. Hmm… mungkin khayalan aku saja, bisiknya.
Masjidil Haram ketika menghampiri musim haji menjadi sangat sesak. Manusia berkumpul dari semua penjuru dunia untuk menunaikan rukun kelima dalam Islam. Nasiblah dia bekerja dalam Emirates Airlines, mudah untuk dia menguruskan pengangkutan dan tempat penginapan.
Ameen meneruskan langkahnya untuk keluar dari masjid penuh barakah itu. Amat memelikkan Ameen, hampir sejam dia berpusing-pusing di sekitar masjid itu. Namun, pintu keluar langsung tidak ditemui. Dia pun mendekati Pak Arab yang lalu lalang di tepi.
“Excuse me. May I know…” Pak Arab itu tidak melayan Ameen. Dia beredar begitu saja.
Ameen menggeleng kepala. Ketika menunaikan haji ni perlu banyak bersabar, bisiknya. Kemudian dia mendekati pula seorang Pak Arab Kedua. Sebaik memberi salam, dia pun berkata, “Sorry sir. Can you please show me where…” Pak Arab Kedua itu pun lantas beredar dari tempatnya meninggalkan Ameen yang terkulat-kulat tidak mengerti.
Ameen tidak berputus asa. Dia berjumpa pula dengan orang yang seterusnya tanpa mengira orang Arab atau tidak. Kuasa ALLAH SWT, seorang pun tidak mempedulikan Ameen. Apa maksud semua ini? Ya ALLAH, berikanlah petunjukMU kepadaku, rintih Ameen bersungguh-sungguh.
Tiba-tiba, seorang Pak Arab yang tinggi lampai terlanggar Ameen lantas Ameen tersungkur. Pak Arab itu pun sama seperti yang lain, tidak mempedulikan dirinya. Ameen merangkak menghampiri tiang masjid yang paling dekat dengannya. Dia bersandar di tiang itu dan tidak putus-putus berdoa.
Entah dari mana, sebuah Quran kecil tergeletak di tepi Ameen. Ameen memohon kepada ALLAH SWT agar diberikan petunjuk tentang kekhilafan dirinya yang tidak disedari. Al-Quran diselak dan surah yang ditemuinya sungguh kena dengan Ameen ketika itu.
(Allah) berfirman: "Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami (Allah), maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamu pun dilupakan". [Taha 20:126]
Tatkala membaca ayat itu, wajah Ruhaidah sekali lagi muncul dalam bayangan matanya. Tetapi kali ini lebih jelas seolah-olah Ruhaidah memang berada di hadapan Ameen ketika itu. Ameen mengulang bacaan pada ayat itu sehingga dia teringat perbualan dengan emaknya beberapa bulan dahulu.
“, dapat juga kamu bekerja di Mesir. Bagus tempat tu. Tempat nabi-nabi,” ujar Mak Nor sebaik Ameen mengkhabarkan berita gembira itu. “Kalau macam tu, bolehlah mak kerjakan haji tahun-tahun,” gurau Mak Nor.
“Mak punya pasal, no hal. Bukan setakat tahun-tahun. Setiap hari pun boleh,” seloroh Ameen menghiburkan emak kesayangannya. “Ruhaidah macam mana, mak? Sihat?”
“, kalau mak yang jaga mesti anak kamu sihat. Takde luka. Takde cedera,” ceria saja kedengaran suara Mak Nor ketika itu tanpa mengetahui bahawa Ameen tidak lagi menghubunginya selepas itu.
“Hah, kalau macam tu mak jagalah Aida sampai besar. Boleh kan, mak,” Ameen ketawa dengan gurauannya sendiri.
“Ish, kamu ni! Anak kamu, kamulah jaga. Lagi pun, mak sangat puas hati dengan cara kamu mendidik Aida tu, Ameen. Tahu tak setiap malam, Aida tu solat tahajud. Mak yang jarang solat tahajud ni pulak terkejut. Ye lah. Mana ada anak-anak kecil sebaya Aida tu mampu buat macam yang dia buat.”
“Oh, yang tu mak janganlah pelik. Dulu waktu arwah Aeesya masih hidup, Ameen selalu kejutkan dia untuk solat tahajud berjemaah. Time kami berdua solat, Aida pun terjaga. Mungkin dia terdengar saya ambilkan wudhuk untuk mak dia. Asal kami habis solat je, Aida pun ada di sebelah arwah mak dia,” jelas Ameen.
Mak Nor mengangguk faham walaupun anggukannya itu tidak dinampak Ameen. “Sekarang mak dan ayah kamu pun dah buat Qiamullail. Semuanya kerana Aida. Malulah kalau budak kecil solat sunat, kita yang tua-tua ni tak buat,” Mak Nor tertawa. “Lagi satu, mak tersentuh apabila terdengar doa Aida. Asyik-asyik berdoa agar dapat ditemukan dengan kamu dan arwah Aeesya...”
Kenangan perbualan itu berakhir. Ameen mengusap wajahnya yang sudah dibasahi air mata penuh penyesalan. Ameen menyambung bacaannya pada ayat seterusnya.
Dan demikianlah Kami (Allah) membalas orang yang melampaui batas dan tidak percaya kepada ayat-ayat Rab (Tuhan)nya. Dan sesungguhnya azab di akhirat itu lebih berat dan lebih kekal. [Taha 20:127]
Ya ALLAH, hari ini semua orang mengabaikan aku. Inilah balasan buatku yang selalu mengabaikan anakku. Anak yang ENGKAU pertanggungjawabkan ke atasku. Ya ALLAH, kumohon! Kurayu! Dan Kupinta padaMU. Berilah aku peluang untuk bertaubat. Membetulkan segala yang silap, ya ALLAH!
Dalam keadaan menangis teresak-esak, Ameen mengangkat takbir. Menunaikan solat taubat. Doa memohon keampunan berulang kali diucap dalam sujudnya. Kali ini dia benar-benar menyesal. Dia bertekad agar mendidik Ruhaidah dan memberikan hak-hak yang selayaknya kepada Ruhaidah.
Usai memberi salam, bahu Ameen ditepuk oleh seseorang.
Ya ALLAH! Hidupku, matiku, sujudku, dan segala ibadatku kuserahkan kepadaMU.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sesak dengan keluarga jemaah haji yang setia menunggu di balai ketibaan. Ketika itu, Ameen dan Azman sudah keluar dari bangunan terminal. Isterinya, Nazwatul, menanti di luar teksi.
“Tak jugak. Aku masih ada kontrak dengan Emirates Airlines. Tapi, jadi Aircraft Engineer mereka di sini. Maksudnya, kalau mana-mana pesawat Emirates Airlines mendarat di Malaysia, aku dengan krew-krew EA lah yang dipertanggungjawabkan baiki atau inspect pesawat tu,” jelas Ameen.
“Huh, ALLAH SWT telah permudahkan urusan kau. Bersyukurlah kepadaNYA nescaya kau akan dapat lebih banyak ganjaran.” Semenjak balik dari menunaikan haji, bicara Azman sungguh indah menuturkan tentang puji-pujian kepada ALLAH. Inilah kekuasaan yang ALLAH SWT berikan kepada mereka yang dipilihNYA.
Ameen mengangguk-angguk setuju. “Aku sangat-sangat bersyukur kepada ALLAH, Man. DIAlah yang menyelamatkan aku ketika aku terabai di dalam rumahNYA. DIA munculkan engkau selepas aku menyesali segala kekhilafan aku selama ini. Syukur ya ALLAH! Terima kasih juga kepada kau, Man,” Ameen memeluk tubuh sahabat baiknya itu. Tanpa segan terhadap isteri Azman, Nazwatul yang menjadi penonton mereka, Ameen mengalirkan air mata lelakinya di sisi sahabatnya.
“Baguslah kalau kau dah sedar. Semoga kita terus-menerus mendapat petunjuk ALLAH SWT,” nasihat Azman sebelum meleraikan pelukan mereka. Dia pun turut terharu melihat kesungguhan penyesalan Ameen. , bisiknya.
Lambaian Azman memisahkan haluan destinasi mereka. Azman pulang ke kampung isterinya manakala Ameen pulang di rumah emak dan ayahnya, di Kampung Umas. Perlahan dan tenang, Ameen masuk ke dalam perut limo yang ditahannya sebentar tadi.
Tangan Ameen memicit-micit butang telefon.
“ warrahmatullahi wabarakatu,” suara Ruhaidah kedengaran di hujung talian. Wah, nampaknya dia sudah lancar memberi salam penuh! Ameen seakan mahu menangis mendengar suara yang selama ini diabaikannya, tetapi kini dirinduinya.
Hmm… memberi salam penuh. Pasti Ruhaidah cuba mengamalkan sunah dari kisah hadith yang Ameen ceritakan kepadanya dahulu. Bagaimana ketika Nabi Muhammad duduk bersama sahabat, datang seorang lelaki kemudian memberi salam, “.” Nabi menjawab salam tersebut kemudian berkata, “Sepuluh.”
Datang pula lelaki kedua dan mengucapkan, “Assalamualakum warrahmatullah.” Nabi SAW menjawab dan kemudian berkata “Dua puluh.” Dan akhirnya datang lelaki ketiga memberi salam penuh, “ warrahmatullahi wabarakatu.” Nabi SAW menjawab salam itu dan berkata, “Tiga puluh.”
“Maksud dari kisah tadi – kita akan mendapat sepuluh ganjaran jika memberi salam ringkas, dua puluh jika separa penuh, dan subhanallah! Kita dapat tiga puluh ganjaran kalau memberi salam penuh,” cerita Ameen ketika Aeesya duduk di sisinya manakala Ruhaidah berada di riba Ameen. Oh, kenangan lama!
“ warrahmatullahi wabarakatu,” Ruhaidah menekan sedikit suaranya. Pelik apabila tiada suara yang menjawab salam pertamanya.
Ameen berdehem kecil. Tercuit mendengar Ruhaidah yang mulai geram. Hehe… comelnya. Macam arwah uminya jugak! “ warrahmatullahi wabarakatu ya Azzahrah! Kaifa haluki?”
Ruhaidah kaku. Dia seakan tidak percaya. Itu suara ayah dia. Ayah Ruhaidah! Hanya ayahnya saja yang memanggilnya sebagai Azzahrah. “Abah!” ucapnya.
Mak Nor dan Pak Roslan yang ketika itu sedang berehat-rehat berdekatan dengan Ruhaidah, segera menoleh.
“Siapa yang menelefon tu, Aida?” tanya Pak Roslan, inginkan kepastian.
“Abah!” jawab Ruhaidah teruja sehingga tidak perasan air matanya mengalir. “Atok! Nenek! Abah telefon!” dia mulai melompat-lompat gembira.
“Azzahrah, bagi abah cakap dengan…” kata-kata Ameen dipotong.
“Abah, abah sihat? Abah kat mana? Mana abah pergi? Abah tak rindu kami?” soal Ruhaidah bertubi-tubi tanpa mempeduli atok dan neneknya sedang menanti di belakang. “Kami di sini semua rindukan abah.”
Tekak Ameen terasa kering mendengar pertanyaan Ruhaidah yang membangkitkan sesalannya ke takat yang lebih tinggi. Ya ALLAH, ampuni aku! Aku bertaubat dari segala dosa!
Rab (Tuhan)mu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu; jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia (Allah) terhadap orang-orang yang bertaubat adalah al-Ghafur (Maha Pengampun). [Al-Israk 17:25]
Mak Nor menyentuh bahu Ruhaidah. “Aida, bagi telefon dengan nenek ye. Biar nenek cakap dengan abah Aida,” pujuknya.
Ruhaidah keberatan untuk memberi gagang telefon kepada neneknya. Dia risau itulah kali terakhir dia mendengar suara abahnya. Namun, dia masih ingat. Anak yang baik ialah anak yang patuh cakap orang tua selagi tidak melanggar syariat. Antara mahu dan tak mahu, gagang telefon beralih tangan dari tangan kecilnya kepada tangan tua nenek.
“Ameen, kamu ker tu?” suara Mak Nor bergetar menahan sebak. Sungguh, hati keibuannya teramat rindu mendengar suara anak bongsunya itu.
“Ya, mak. Ini Ameen anak mak. Mak sihat? Ameen di sini sihat. Tapi kurus sikit pasal dah lama tak merasa pucuk ubi masak santan yang mak selalu buat.” Ameen sempat bergurau ketika suasana sedih menyelubungi mereka ketika itu.
“, nak. Mak, ayah, Aida, adik-beradik Ameen… semua sihat. Ameen di mana ni?”
“Ameen on the way ke rumah mak. Dalam sejam dua, Ameen sampailah agaknya,” tutur Ameen perlahan. Risau juga dia kalau emaknya terkejut.
“Ameen kat Malaysia, bang!” beritahu Mak Nor kepada suaminya. “Ya ALLAH, kenapa kamu tak bagitau awal-awal? Kalau tak boleh mak buat kenduri kesyukuran sempena kepulangan kamu. Kepulangan Haji Ameen Muhammad Muslim,” seloroh Mak Nor.
“Tak payahlah susah-susah, mak. Balik ni, Ameen nak rehat dulu. Kenduri tu boleh buat esok-esok. Ameen telefon ni pun nak bagitau yang Ameen dah balik. Nanti di rumah kita borak puas-puas. Bateri telefon pun dah nak habis ni,” jelas Ameen tentang situasinya.
“Iyalah. Hati-hati di jalan ya, nak,” pesan Mak Nor. “ warrahmatullahi wabarakatu,” jawabnya selepas Ameen memberi salam penuh. Talian dimatikan.
Subhanallah.. sedihnya.. penuh terselit pengajaran.. Tahniah saudara Ameen dengan penulisan dakwah yang berkesan Try to see the light.. If it is difficult then.. Try to feel its warmth..
aAsurvey yg dibuat oleh admin hampir 60% dri kalangan kita membaca 1 juzuk sehari.... tinggal lagi bbrp hari nie.... kalau blh tingkatkan lagi lagi bagus.. bukan senang nak jumpa ramadhan