1 ikat kangkung
Bawang besar (dimayang)
Bawang putih, bawang merah, ikan bilis, cili api, belacan (ditumbuk lumat)
Tomato (dibelah empat)
Cili (dipotong serong. Hmmm… betulkah penggunaan ayat ini? Hehe)
Fishball/ fishcake – kalau tidak mahu guna pun, tidak apa
Garam secukup rasa
Cara membuatnya
1- Tumis bahan ditumbuk sehingga naik bau. Kemudian, tumiskan sekali bawang besar yang siap dimayang.
2- Selepas itu, masukkan fishball/ fishcake. Kalau tidak mahu letak fishball/ fishcake, boleh masukkan terus kangkung. Namun, sebelum itu, letakkan garam dahulu bersama sedikit air. Kalau hendak masak kangkung goreng kering, tidak perlu letak air. (Lagi satu, kalau hendak guna sos tiram, tidak perlu letak garam). Sos tiram sudah sedia bergaram.
3- Akhir sekali, masukkan tomato dan cili. Kemudian, hidangkan. Sedap, insya-Allah.
(Ada juga yang tidak guna ikan bilis… boleh guna udang… pun sodap, insya-Allah).
http://dapursitim...lacan.html
Edited by admin on 04-03-2010 11:03
"Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Muthiah Habibatullah, insya-Allah.
ingat lagi masa form 3 first time masak kangkung goreng belacan untuk kursus ert.. masa tu kangkung jadi lembik sebab lama sangat goreng.. pastu belacan tak rasa sangat.. haiyaa! budak2 masak..
Masa zaman sekolah dulu, tiap2 hari selasa menu kangkung goreng masak belacan ni, makan dengan gulai daging and sambal belacan. Memang sodap!! Try to see the light.. If it is difficult then.. Try to feel its warmth..
hehe...mmg bez n mudah, insya-Allah.....pasni...try la lg... hmmm... anak dara, mesti rajin try main 'masak-masak' (main???) sbb satu hari nanti... sbaiknya..sediakn mkn pg/ptg/ mlm tuk suami besar gnjarannya di sisi Allah...
"Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Muthiah Habibatullah, insya-Allah.
aAsurvey yg dibuat oleh admin hampir 60% dri kalangan kita membaca 1 juzuk sehari.... tinggal lagi bbrp hari nie.... kalau blh tingkatkan lagi lagi bagus.. bukan senang nak jumpa ramadhan