|
Cara Rawat Sihir 'Holy Water' Kristian yang Disihir
|
| dya adriza |
Posted on 04-03-2010 10:54
|

Moderator

Posts: 89
Joined: 04.03.10
|
..
Tahukah anda, bagaimana cara penyebaran agama Kristian? Mereka mendekati orang yang mempunyai masalah percintaan, masalah kewangan, masalah keluarga, masalah belajar dan sebagainya.
1. Mereka sering berjumpa dan beramah mesra dengan orang tersebut supaya mereka menjadi mesra dengan orang yang bermasalah tersebut.
2. Mereka menyelami masalah orang tersebut dengan memberikan saranan dan nasihat yang berkaitan dengan agama kristian.
3. Mereka berikan duit kepada orang tersebut sambil berkata pertolongan perlu diberikan tanpa mengira agama. Mereka juga menyediakan berbagai-bagai kemudahan kepada orang tersebut.
4. Mereka bawa orang tersebut menaiki kereta sambil memasang ceramah kristian supaya didengari orang tersebut.
5. Mereka membawa atau mempelawa orang tersebut ke rumah mereka, apabila orang tersebut setuju mereka terus bawa ke rumah. Apabila berada di rumah mereka menceritakan tentang kristaan dan memasang ceramah kristian.
6. Mereka memberi minuman Holy Water kepada orang tersebut. Setelah minum Air Holy Water tersebut, lidahnya menjadi hitam, tidak tahu untuk mengucap, lupa kepada agama Islam, Rimas apabila mendengar laungan azan dan ayat suci Al-Quran. Mereka lupa kepada keluarga mereka dan sebagainya.
7. Mereka akan membawa orang tersebut ke gereja untuk memurtadkannya keluar dari agama Islam.
8. Mereka memberi elaun kepada orang tersebut pada setiap kali beliau mengunjungi gereja sebanyak RM 50.00.
9. Mereka yang berjaya memurtadkan seorang umat Islam melayu akan dibayar sebanyak RM 300.00. Jika mereka dapat selain dari Melayu Islam mereka akan dibayar RM 150.00 seorang.
.. begitulah orang2 kafir yang sentiasa berusaha memesongkan umat Islam.. Berikut ialah cara2 merawatnya..
1. Sediakan Air minuman seperti air kosong atau air putih.
2. Mulakan dengan membaca Bismillah dan Surah Al-Fatihah.
3. Baca Ayat Kursi sebanyak 7 kali.
4. Baca 4 Khul iaitu Surah Al-Kafirun, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falak dan Surah Al-Nas.
5. Baca Selawat kepada Nabi Muhammad SAW sebanyak tujuh kali atau angka ganjil.
6. Setelah selesai membaca semua yang di atas hambuskan ke dalam air tersebut.
7. Berikan setengah air yang ditawarkan itu kepada pesakit minum.
8. Sebahagian air yang ditawarkan itu dicampurkan ke dalam air mandi pesakit tersebut.
9. Mandikan pesakit tersebut sehingga semua air campuran itu kena semua anggota tubuhnya.
10. Setelah selesai mandi ajarkan pesakit mengucap Dua Kalimah Syahadah perlahan-lahan.
11. Laksanakan Solat Sunat Hajjat dua rakaat dan memohon pertolongan Allah.
12. Jika pengubatan ini tidak berkesan, boleh diulangi lagi teknik ini. Jika tidak berkesan juga haruslah dibawa kepada orang yang lebih arif dalam bidang ini.
Wallahualam..
Try to see the light.. If it is difficult then.. Try to feel its warmth.. |
| |
|
|
| admin |
Posted on 04-03-2010 10:59
|

Super Admin

Posts: 144
Joined: 26.11.09
|
Bagus tips ni...Na'udzubillah daripada segala niat jahat.
Ramadhan hampir berakhir... |
| |
|
|
| SUMAYYAH |
Posted on 09-03-2010 02:24
|

ahli baru

Posts: 8
Joined: 15.01.10
|
Benarkah 'holy water' menyebabkan orang Islam tidak boleh mengucap syahadah? Saya rasa tidak. Kalau 'holy water' mampu mengkafirkan orang Islam, kenapa mereka mereka bersusah payah menyerang orang Islam? Bagi saja orang Islam minum, bukankah itu lebih senang bagi mereka..
Saya rasa 'holy water' tidaklah begitu hebat hingga mampu menyebabkan orang Islam tidak mampu mengucap syahadah. |
| |
|
|
| dya adriza |
Posted on 09-03-2010 07:55
|

Moderator

Posts: 89
Joined: 04.03.10
|
SUMAYYAH wrote:
Benarkah 'holy water' menyebabkan orang Islam tidak boleh mengucap syahadah? Saya rasa tidak. Kalau 'holy water' mampu mengkafirkan orang Islam, kenapa mereka mereka bersusah payah menyerang orang Islam? Bagi saja orang Islam minum, bukankah itu lebih senang bagi mereka..
Saya rasa 'holy water' tidaklah begitu hebat hingga mampu menyebabkan orang Islam tidak mampu mengucap syahadah.
Salah paham tentang Holly Water & Kristian
Sebenarnya sihir Holly Water tu sama sahaja dengan sihir2 biasa...Cuma sihir Holly Water dikaitakan dengan orang Kristian sementara sihir yang biasa didengar tu dikaitkan dengan bomoh atau pawang yang selalunya dikaitkan dngan orang "Islam".
Kalau orang Islam pun ada yang beriman sesungguh2nya sehingga menafikan kuasa lain melainkan kuasa Allah Yang Maha Kuasa & ada orang Islam yang percaya kepada kekuasaan ilmu hitam oleh pawang dan bomoh yang menyimpang, begitu juga dengan orang Kristian.
Orang Kristian pun ada yang mengikut ajaran Kristian yang "benar" yang menyuruh berbuat baik sesama manusia dengan konsep "berkasih sayang" sesama makhluk...ada yang "menyimpang" dari ajaran Kristian sehingga wujudnya "sihir Holly Water".
Kalau benar "Holly Water" begitu berkuasa sehingga boleh "menggelapkan" hati manusia, tak akan ada paderi2 Kristian yang dah bertempayan2 menogok air tersebut yang tiba2 boleh mendapat hidayah untuk memeluk Islam.
Holly water yang ada di gereja2 adalah cuma sekadar air biasa sahaja...tiada kuasa apa2 pun...
Holly water yang sihir tu yang baru ada "kuasa"....dan air ini bukan dari gereja tapi dari pengikut Kristian yang "sesat" dari ajaran Kristian sebenar....
*Yang penting, kita kena berjaga-jaga dalam segala hal..
Try to see the light.. If it is difficult then.. Try to feel its warmth.. |
| |
|
|
| aifa |
Posted on 06-05-2010 12:06
|

ahli baru

Posts: 5
Joined: 28.04.10
|
tips yg bagus dan sgt b'gna...bru sy tau..
thanks dya adriza diats p'kngsi saudari...
~IsLaMlOvErS~ |
| |
|
|
| dya adriza |
Posted on 06-05-2010 18:40
|

Moderator

Posts: 89
Joined: 04.03.10
|
aifa wrote:
tips yg bagus dan sgt b'gna...bru sy tau..
thanks dya adriza diats p'kngsi saudari... 
Sama2 aifa..
Semoga memberi manfaat kepada kita
Try to see the light.. If it is difficult then.. Try to feel its warmth.. |
| |
|
|
| asked |
Posted on 08-05-2010 11:05
|

semakin aktif

Posts: 27
Joined: 01.04.10
|
SUMAYYAH wrote:
Benarkah 'holy water' menyebabkan orang Islam tidak boleh mengucap syahadah? Saya rasa tidak. Kalau 'holy water' mampu mengkafirkan orang Islam, kenapa mereka mereka bersusah payah menyerang orang Islam? Bagi saja orang Islam minum, bukankah itu lebih senang bagi mereka..
Saya rasa 'holy water' tidaklah begitu hebat hingga mampu menyebabkan orang Islam tidak mampu mengucap syahadah.
bukan kah.mereka ini sedang menyerang kita dari pelbagai sudut. cuma kita tak perasan. ^^
".... Kalau 'holy water' mampu mengkafirkan orang Islam, kenapa mereka mereka bersusah payah menyerang orang Islam? Bagi saja orang Islam minum, bukankah itu lebih senang bagi mereka.."
petikan dari dya..::
" 6. Mereka memberi minuman Holy Water kepada orang tersebut... "
ermm,,
mereka bagi minum kan...?
hehehe...
-asked- |
| |
|
|
| dya adriza |
Posted on 08-05-2010 14:33
|

Moderator

Posts: 89
Joined: 04.03.10
|
Serba sedikit tentang holy water:
Holy water tu adalah air yg digunakan utk mem'baptist'kan setiap bayi kristian yg baru lahir. Menurut kepercayaan mereka kononnya John (Nabi Yahya a.s) telah melakukannya pada Jesus (Nabi Isa a.s) semasa kelahirannya. Ia menjadi ikutan penganut Kristian sehingga kini. Pada awal tahun 2000 tersebar rumors terdapat satu jenama air mineral yg dibotolkan dari holy water yg dibawa masuk dari negara jiran dgn tujuan jahat. Wallahua'lam.
Try to see the light.. If it is difficult then.. Try to feel its warmth.. |
| |
|