|
Latar Belakang Paksi.net
Paksi.net ditubuhkan sejak November 2006. Ia merupakan sebuah portal komuniti di bawah kelolaan Paksi Training. Tujuan penubuhan paksi.net ialah untuk menarik minat para remaja khususnya dan masyarakat umumnya untuk kembali sedar akan tanggungjawab terhadap diri sendiri, Umat dan masyarakat. Ini dapat dicapai dengan membina sebuah jaringan komuniti yang terdiri daripada mereka yang ingin berubah, ingin merubah dan ingin melihat perubahan.
Bersesuaian dengan temanya "Ceria Bersama Islam", komuniti paksi.net diharapkan dapat melahirkan generasi yang lebih bertenaga dan lebih ceria. Di samping itu, paksi.net berusaha untuk menyajikan makanan rohani untuk semua pengunjung dalam pelbagai bentuk, artikel, video, audio, gambar dan lain-lain.
Sejak penubuhannya, paksi.net telah disertai oleh ramai siswa dan siswi (bertepatan dengan namanya "PERSAUDARAAN KOMUNITI SISWA") baik daripada dalam mahupun luar negara. Golongan masyarakat yang telah bekerja dan pelajar sekolah juga turut terlibat dan sangat dialu-alukan untuk menyertai paksi.net.
Di sini juga anda dapat mengasah bakat anda menulis, atau menghasilkan design-design wallpapers, melukis kartun, dan berforum. Mudah-mudahan jiwa terisi dan dapat mengisi orang lain.
Paksi Training berbesar hati dengan kehadiran anda dan kami mengucapkan selamat melayari paksi.net!
|
tahniah, moga niat yang suci ini diberkati Allah... =)